Selamat Datang Kawan-Kawan..

Tuesday, November 3, 2009

Al-fatihah

Al-fatihah untuk anak saudaraku yang tersayang(Nurin Batrisya Nadiah bt Zulkeri-4 thn 1/2) yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad (25/10/2009 bersamaan dengan 6hb.Zulkaedah tepat jam 9.00 malam)..Arwah meninggal di hospital hkl dan jenzahnya telah di bawa pulang ke besut terengganu untuk di kebumikan...Arwah seorang yang cerdik dan petah berkata-kata..hajatnya untuk bersekolah tidak kesampaian kerana arwah nk sgt pergi sekolah... aku rasa nk je menelefon arwah nk bercakap dengan nya sebab aku terlalu merindui dirinya..x th nk gbrkan perasaan ni mcm mane..Adik arwah selalu bertanyakan arwah kakaknya di mana dan mengajak mamanya untuk pegi tempat arwah..Sungguh pilu melihat keadaan adik arwah yang bermain keseorangan dan sehingga adiknya demam kerana terlalu merindui kakaknya..Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dirinya dan aku redha di atas pemergiannya..Al-Fatihah untuk arwah kakak tersayang...

4 comments:

  1. "daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali"
    takziah untuk keluarga arwah
    siape ye ni?

    ReplyDelete
  2. rasanya kita pernah tgk kakak.. yg datang masa ita sakit tu kan.. ingt x kengkawan?

    -cik are-

    ReplyDelete