Ni la gambar terbaru ibu n Aqil, putera mahkota ku sorang yg amat lasak nii.. Menjadi seorg ibu di sepanjang bln puasa ni bukanlah satu kerja mudah. Namun lg bermakna n lebih terisi berbanding zaman kita anak2 dara dulu.. Kdg2 pening jugak memikirkan menu apa yg nak disediakan utk berbuka/bersahur. Maklum la..tekak time bulan puasa ni kalau boleh nak yg special ajer drpd biasa. Hari ni..nak la berkongsi 1 menu mudah tp lazat & nyum nyumm...mana tahu, boleh try buat utk tambahan menu ms berbuka harini. Kalau nak beli, boleh jer..tp mahal la. Sepotong Rm2.00 (tak berbaloii..baik simpan duit tu buat beli kasut raya).
Menu harini ialah.. "Puding Caramel @ Puding Gula Hangus".
Alat yang diperlukan:-
- periuk pengukus
- loyang
- mangkuk besar
- garfu
- senduk untuk mengacau
- 1 sudu kecik esen vanilla
- 1 tin susu cair @ susu sejat
- 1 gelas air
- 8 + 1 sudu besar gula pasir
- secubit garam
- 4-6 biji telur
- Mula2 letakkan 8 s/besar gula dalam loyang dan panaskan atas dapur (api kecik jer..kang jd plak gula hangit, bukan gula hangus). Biarkan gula cair dan bertukar warna kecoklatan. Kacau rata supaya semua gula cair. Dah cair..tuangkan 1/2 gelas air ke atas gula hangus td. Jgn terkejut bile gula tu mereneh atau bunyi kuat berdeser!! Memang gula akan kelihatan seperti berbuih2 dan mengeras seketika. Xpe..biarkan..sehingga air dan gula cair dan jd sebati bersama. Dah sebati, kacau rata, tutup api & biarkan ia sejuk.
- Dalam ms yg sama, sediakan kukusan dan didihkan air atau ayaq (kata org kedah).
- Skrg, tiba masa untuk mengadun puding. Masukkan 4 biji telur (klau saiz kecik, masukkan 6 biji) dan kacau dgn garfu sampai takde ketul2 telur kelihatan. And then, masukkan 1 tin susu cair dan kacau rata. Adunan akan menjadi pekat. Dah kacau rata, masukkan 1 s/kecil esen vanilla, gula pasir 1 s/besar, secubit garam dan lebihan 1/2 gelas air. Kacau hingga sebati.
- After that, letakkan loyang berisi gula hangus tu atas pengukus. Curahkan dgn penuh bergaya adunan puding ke dalam loyang berisi gula hangus td. Jgn risau kalau nampak mcm bercampur puding n gula hangus. Hakikatnyer, gula hangus tu akan selamba berada di bawah sebab adunan puding lebih pekat & akan terapung di kemudian hari.
- Kukus dalam ms 15-20 minit dengan api yg sederhana. Nak tahu dah masak, cucuk sket puding dgn garfu n klau tak melekat tu.. maknanyer dah masak la tuh! Tidak syak lg..
- Enak dan yummy2 klau dimakan sejuk2. So, bubuh dulu dlm peti sejuk..baru ummphh!!
- Waktu saranan untuk menyediakan puding ni, ialah jam 2 petang..kurang2 sempat le nak bagi puding tu sejuk dalam peti ais sementara nak tunggu waktu berbuka. Ok, selamat mencuba!!




wahhh.. nie wajib cube nie. resepi dari mama adhaa. thanks mama 4 da picture. da lama auntie are menanti nak nengok aqil da latest yg mucuk tu..
ReplyDelete- cik are -
tingin plak nak tengok gmbr mama c'are dgn pewut boyot..hihik!
ReplyDelete- adha -
oitt!!! akk nie.. lom boyot g.. cadangnye nak wat surprise bila da boyot.. hehe tungguuuuuuu!!!
ReplyDelete-cik are-
mama adha..terliur den ngan resipi tu
ReplyDeletejgn lupe ye, sape yg nak cube resepi ni kene masak dgn 'penuh gaya' seperti yg dsarankan oleh mama adha =)
ReplyDelete